Faedah Doa Haikal
Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada
suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang
membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan
firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan
hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa
membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya
daripada api neraka.
Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam
rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.
Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya
lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan
barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia
pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab
sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan
jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama
membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik
haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti
memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan
mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan
70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000
malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan
beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya
terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia
daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia
daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada
zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka
dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman
bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka.
Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun
tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu
bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh
mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa
haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba
dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya
oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta
dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri
tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.
Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin
dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar
diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi.
Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil
i’tikad
Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan
daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:
1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52
1. Jika ingin mendengar lantunan merdu doa haekal silahkan mengklick link dibawah ini https://www.youtube.com/watch?v=QLxx4t0XYbc
2. Jika ingin download, silahkan klick link dibawah ini format mp4
https://en.savefrom.net/#url=http://youtube.com/watch?v=QLxx4t0XYbc&utm_source=youtube.com&utm_medium=short_domains&utm_campaign=www.ssyoutube.com
0 Response to "Faedah Doa Haikal"
Post a Comment